Monday, February 8, 2010
Jauh
Nampaknya,hari Khamis akan ku berangkat jua ke Kota Singa.Atas urusan masa hadapan.Rasa seperti tidak mahu memandu kereta ke sana.Tetapi,aku perlu juga menaiki kereta.Hehe.Semoga berjaya Afifi.
Friday, February 5, 2010
Satu Kejutan Untuk Diri Aku
Ya.Sememangnya aku sendiri telah membuat satu kejutan untuk diri aku dan mungkin untuk orang lain.Aku telah memikirkannya.Dan aku telah melakukannya.Alhamdulillah.
Wednesday, February 3, 2010
Puisi Untuk Teman
Kau cuba
Kau sering mencuba
Tapi untuk apa?
Kebaikan dunia?
Mana?
Adakah sehaluan dgn dirimu?
Dianggap diri sebagai kepuasan?
Oh tidak wahai kasih
Teman pujangga dianggap seri
Sedangkan diri itu sendiri sedang mati
Andai menerima penghinaan dari manusia hina
Langsung kepda manusia hina
Tidak harus terjadi
Kau masih mencuba
Berselindung pula dalam helahmu
Sedangkan aku sudah tahu
Dimana cahaya pujaan itu
Bukan untuk dihina
Atau bukan menerima penghinaan
Tapi untuk diriku
Ia untuk diriku
Tuesday, January 26, 2010
Daulat Tuanku
Okay.Aku rasa marah bila ada sesetengah pihak menghina sultan.Ya,kita perlu tahu dan perlu ada sikap hormat terhadap sultan.Kalau tak ada sultan masa dulu,apa yang akan terjadi pada masa sekarang ini?Fikirkan..Yang mengutuk sultan itu adalah bangsa aku sendiri,iaitu melayu.'Bullshit' melayu yang berperangai seperti itu.Memalukan bangsa dan agama.
Tidak kiralah kau tu apa-apa pangkat pun,sultan tetap sultan.Ya,dan memang kita boleh melihat kesalahan yang dilakukan oleh semua orang yang kita lihat.Tetapi,kita tidak boleh menghakimi orang itu.Kerana kita bukannya Allah.Hanya Allah sahaja yang boleh,mampu dan layak sekali untuk menghakimi makhlul-makhluknya.Contoh yang agak memeningkan apabila kita melihat dua ekor burung saling berbunuhan.Adakah kita tahu mengapa mereka berbunuhan?Dan apabila kita melihat salah seekor mati,tentu kita akan mengatakan yang hidup itu jahat dan yang mati itu baik..Ini adalah benda yang biasa.Sebenarnya kita tak tahu pun mengapa burung yang hidup tadi membunuh hingga mati.Adakah mungkin yang dibunuh tadi telah membunuh anak burung yang hidup itu?Kita pun tak tahu.Semua benda yang berlaku didalam dunia ini bersebab.Tidak kira baik atau jahat.Bersebab!!!
Jadi janganlah menghakimi orang lain.Kita bukan tuhan.Kita bukan Allah.Kalau rasa nak bercakap tentangnya juga,biarlah ia hanya didalam kepala sendiri.Mudah bukan?
Mudah-mudahan Almarhum Sultan Johor dilimpahi dan dicucuri rahmat olehnya.Al-Fatihah..
Monday, January 11, 2010
Runsing

Ya,kebiasaannya aku tahu apa yang perlu aku lakukan ketika cuti.Tetapi hari ini aku runsing tak tahu hendak kemana.Bangun seawal jam 11 pagi yang pada hakikatnya ingin bangun pada pukul 3 petang.Kemudian melayari internet sehingga jam 1215 tengahari.Pada awal rancangannya,aku ingin ke Sunway Pyramid atau Times Square.Tetapi memandangkan tengahari tadi panas terik,langsung aku membatalkan niat untuk kesana.Oh ya,aku merancang untuk keluar bersendirian kerana cik Aimi Liyana tiada di sini.Langsung tiba-tiba terlintas di kepalaku tentang wayang.Apa lagi.Terus membuka laman web Golden Screen Cinemas untuk melihat cerita-cerita yang ditayangkan pada hari ini.
Aku memilih Alamanda sebagai lokasi aku.Atas faktor dekat dan tak perlu melayan kepanasan lama sangat.Aku melayan cerita Avatar.Lama juga ceritanya.Kalau tak silap lebih kurang 2 jam 30 minit tayangannya.Sendirian je layan.Bila selesai cerita tu,elok punya hujan lebat sampai buat aku sejuk.Hehe.Langsung aku bergegas ke seksyen 7 Bangi untuk ke salun rambut.Mahu cuci rambutlah katakan.Hehe.Bila semua dah selesai,kawan aku,Nan pula menghantar mesej pesanan ringkas mengajak aku ke warta Bangi.Tujuannya untuk membeli sabun.Hahaha.Lawak-lawak.Aku pun ke sana macam orang yang konon-kononya ada mood untuk menikmati malam yang menarik kerana didalam fikiranku hanyalah gitar-gitar dirumah yang masih belum sempat dibaiki yang harus diperbaiki membuat aku hilang konsentrasi untuk melayani malam di warta.Adus.Sadis dan potong.Sebenarnya aku tak puas pada apa yang telah aku lakukan hari ini.Aku sepatutnya mebuat lebih banyak aktiviti.Tapi aku tidak tahu dimana silapnya.
Dan sekarang pula aku merasakan mataku sudah penat untuk melihat cahaya-cahaya.Itu bermaksud aku sudah mengantuk.Selamat tinggal sang malam......
Saturday, January 9, 2010
Selamat Jalan

Kepada Aimi Liyana bt Abd Razak,selamat jalan dan selamat bekerja di Kota Singa.Semoga perjalanan pergi balik kamu selamat.Semoga pekerjaan anda untuk membeli hadiah hari lahir untuk saya selamat.Dan semoga saya selalu di hati kamu.Amin
Friday, January 8, 2010
Bukankah Kau Sedar?
Seangkatan...
Bahu memikul segunung harapan,
Sambil diiringi melodi-melodi jiwa,
Bukankah kau sedar?
Dengan angkuhnya berkata,
Ya,aku mampu dan bukan salahku,
Kau cuba...
Dan masih takut akan bayangmu sendiri,
Bukankah kau sedar?
Tidak sama sekali,
Selagi rohani terbang bersama pelangi ,
Di alam mimpi...
7 warna sakti katamu,
Sampai bila...?
Saat ini...?
Hari ini...?
Esok...?
Lusa...?
Bukankah kau sedar?
Jangan ketawa,
Ya,ia benar...
Arus jiwa membawa ilahi,
Penuh dengan warna warni,
Ya,kini aku sedar....
Subscribe to:
Posts (Atom)
