Sunday, May 31, 2009

Jaming Semalam 30 June 09


Pedalboard kami berdua

Pedalboard saya


Memang best jam dengan Pita Hati.Aku sangat enjoy dan bersungguh-sungguh.Pada awalnya semuanya berjalan lancar.Tetapi selepas beberapa minit majlis dimulakan,amp JCM900 SL-X yang aku pakai blow.Tube habis semua out.Nasib baik ada spare amp lain,JCM800.Aku pakai tanpa meminta kebenaran Nafi.Lantaklah.Aku hentam saja.

Kesimpulannya,aku puas dan ejoy jamming bersama mereka.Tak sabar nak gig pada ahad depan.Cheers!!!

Thursday, May 28, 2009

Sedang Melayankan Sakit Kepala

Setelah beberapa hari ni aku telah berhadapan dengan situasi sakit kepala sebab aku tak biasa memainkan lagu-lagu orang.Aku sedang mencuba membiasakan diriku memainkan lagu kau Am.Hehe.Aku akan buat yang terbaik untuk Pita Hati.Sama-sama kita pergi jauh.InsyaAllah.Hehe.Akan aku berlatih lagu-lagu kau,Am.

Memang aku tak reti nak main lagu orang.Sangat-sangat malas nak cari lagu sebab bagi aku lebih baik aku membuat lagu sendiri.Huhu.Dan sekarang ini aku telah mendapat 'feel' lagu kau Am.Dont worry.If we make it together,sure we will get the best thing.Hehe.Lawak.Sebab bunyi macam gay sikit.Haha..Wish me luck friends!!!

Wednesday, May 27, 2009

Yeay Tukar Pickup


Semalam aku telah mengirimkan duit kepada kawan aku untuk membelikan aku pickup gitar di Kuala Lumpur.Aku tak sabar menunggu gitar aku siap.Ianya adalah model Dimarzio Chopper T.Humbucker pickup.Dan aku telah membuat sedikit ubahsuai pada bahagian elektronik gitar aku.Yang mana aku telah membuat switch utk split coil dan menukar volume pot kepada 500k.Aku sangatlah tidak sabar menunggu gitar aku siap.Yeay!!!

Monday, May 25, 2009

Hot Roll


Hari Sabtu yang lepas,aku keluar untuk ke Sungai Buloh untuk practice.Tapi aku kene jumpa emy dulu.Sebenarnya aku tak tahu mana arah tuju aku bila aku keluar dengan dia.Bila dia telah menaiki kereta,barulah dia membuat keputusan untuk pergi ke The Curve,Damansara.Sudah lama aku tak jalan-jalan di The Curve.Emy kata dia teringin sangat nak makan Hot Roll sbb dia kata Finie dgn sapa entah suka makan bende tu.Pada mulanya,aku sendiri pun tak tahu apakah benda yang ingin dia makan.Bunyinya macam best.Tapi aku perlu lihat dahulu bagaimanakah rupanya makanan itu.

Setelah tiba disana,kami pun carilah kedai itu.Ia berhadapan dengan Starbucks.Emy order chicken and cheese dan aku order black pepper beef rasanya,Aku telah lupa.Rupa-rupanya,sedap juga makanan ni.Layan betul makan Hot Roll ni sambil minum ice blended dari Starbucks.Haha.Kalau kawan-kawan semua pergi ke The Curve,jangan lupa singgah ke kedai Hot Roll.Sedap dan menarik..

Sunday, May 24, 2009

Entah

Lama juga aku tak update blog ini.Aku sangat sibuk.Malas pun ada juga.Hehe.Nanti bila aku rasa dah senang dan tak sibuk sangat,aku akan update.

Thursday, May 21, 2009

Passport

4 Jun ini aku akan bertolak ke Singapura untuk berlatih muzik disana bersama Pita Hati kerana pemain bass iaitu Khairul menetap disana.Aku akan menetap disana selama 4 hari 3 malm kerana pada 7 Jun kami ada persembahan di Johor Bahru.Masalahnya sekarang ini,aku tiada passport.Sudah lama.Aku perlu membuat yang baru.Tetapi aku mempunyai masalah.Masalah aku ini bukan pada duit.Tetapi masa.Aku tak tahu bila aku boleh pergi ke imigresen(aku pun tak tahu betul atau tidak betul ejaannya).Doakanlah agar aku dapat masa yang terluang untuk membuat passport.Kalau tidak,tak ke Singapuralah aku.Huhuhu

Wednesday, May 20, 2009

Mengantuk

Sudah 2 hari aku selalu mengantuk walaupun disiang hari.Mungkin tidurku tidak mencukupi.Sudah 2 hari aku tidur lewat.Paling lewat pukul 7 pagi pada hari Selasa dan semalam aku tidur pada pukul 5.30 pagi.Mungkin itu yang membuat aku mengantuk.Tetapi,walaupun aku tidur sekejap,aku sudah puas.Pelik juga ya.huhu..

Hidup Baru

Untuk pengetahuan anda,aku telah menerima tawaran tetap untuk menyertai band kawan rapat aku sendiri,iaitu PITA HATI.Ianya sebuah band dibawah naungan Luncai Emas Sdn Bhd.Ianya tawaran yang diberitahu sendiri oleh ketua kumpulan itu iaitu,Ilham.Jadi,dengan selamba sahaja aku menerima tawaran sebagai pemain gitar di dalam band tersebut.

Nampaknya,komitmen aku lebih banyak berbanding sekarang.Satu 'mainstream' dan satu lagi 'underground'.Best juga bila difikirkan balik.Haha.Insyaallah 7 Jun 2009 ini akan menjadi persembahan pertama aku bersama PITA HATI di CT Plaza Johor Bahru.Kemudian diikuti pula dengan persembahan di Heaven Studio Ampang pada 13 Jun 2009.Dan pada hujung bulan Jun ini,Insyaallah Susor Masa akan mengadakan persembahan di Laundry Bar Damansara dan juga di Melaka.Tempatnya masih belum dapat dikenalpasti.

Sunday, May 17, 2009

Gig?

Insyaallah bulan 6 ini 'mungkin' Susor Masa akan membuat persembahan yang sulung pada tahun 2009 ini di Laundry,The Curve,Damansara.Insyaallah..Doa-doakanlah ya agar aku dapat membuat persembahan disana nanti ya..

Jaming Semalam



Tak ada yang berubah ketika jaming semalam.Semua seperti biasa.Cuma ada penambahan effect dalam board aku.Iaitu Russian Muff.Itu sahaja.

Studio Rakaman Baru Kawan Aku

Macam biasa semalam aku pergi Sungai Buloh untuk berlatih muzik.Tapi sebelum sampai Sungai Buloh,aku pergi ke Damansara Damai jumpa member aku untuk menghantar barang.Pada mulanya aku tidak tahu dimana dia tinggal.Tetapi bila ditanya dia mengatakan dia masih lagi menetap di Sungai Buloh.Cuma sekarang ini dia ada sedikit kerja di Damansara Damai.Aku berasa hairan.Apakah kerja yang dilakukannya?Dia pun membawa aku ke tingkat atas sebuah bangunan.Bila aku melihat lot kedainya itu,aku terkejut dan teruja kerana dia telah membuat satu studio rakaman bertahap profesional.Aku pun turut berbangga.Inilah hasil dia dan kawa-kawannya...


Pandangan dari dalam studio
Kawan aku a.k.a Bear a.k.a Sound Engineer
Pandangan ke atas
Mac Pro dan Maxis Broadband
2 sets of drum.Yamaha Oak Custom and Yamaha Stage Custom

2 of Marshall Head.Tapi aku terlupa nak tengok modelnya
Control Room
Yamaha O2R Mixer Board kalau aku tak silap

Studio yang cantik dan ada feel.

Saturday, May 16, 2009

BEST!!!!



Malam ini jam!!!Yahooo!!!!Best-best!!!Seronok!!!Tak sabar!!!

Friday, May 15, 2009

U Cant Escape From This AFTERLIFE


Tak perlulah kau pasti yang kau akan terlepas dari KEHIDUPAN selepas kehidupan ini.Aku bagi masa setahun sahaja pada kau.Kau mesti akan berubah.Janganlah kau mencabar tuhan.Sebab kau pun dari tuhan.Fikirkanlah..

MAC VS PC

Pengakuan

Lebih baik mengaku dari menipu.Sekurang-kurangnya,ia dapat diselesaikan dengan cara yang betul.

THANK YOU VERY MUCH!!!

THANK YOU VERY MUCH TO YOU!!!

Back To Basic

WAKTU AKU SUNGGUH-SUNGGUH BERLARI
TIADA SATU PUN BAYANG-BAYANG YANG MENGEKORI
APAKAH SEMUA INI???
MASIH HIDUP DI DALAM NAFAS YANG TAK PERNAH BERHENTI???

MUNGKIN....
TETAPI BUKAN DI ALAM MAYAMU....
HABIS,DI MANAKAH ALAM ITU???
PUAS AKU MENCARI DI SANA SINI
PUAS AKU MENYELAMI FIKIRANKU SENDIRI
PUAS AKU MENGIKUTI JEJAKKU SENDIRI
DAN PUAS AKU MENTAFSIRKAN SEGALA PERTANYAAN

RUPA-RUPANYA......
IA DI DALAM HATIKU SENDIRI.....!!!!!!!!!!!!!!!!!
TERUS AKU MENJADI BINGUNG
APAKAH BENAR SELAMA INI AKU MEMPUNYAI......???
SUKAR UNTUK AKU PERCAYA...
TETAPI ITU ADALAH HAKIKATNYA...
NAMUN BUKAN ITU YG AKU MAHU...
LANGSUNG AKU HIDUP DI ALAM MAYA....


-AKU-

Thursday, May 14, 2009

Hampir Pengsan

Setelah lama aku mencari gitar Gibson SG dan Gibson Les Paul,akhirnya aku telah berjumpa denga seorang lelaki ini..Aku sangat gembira kerana aku bercadang mahu menukar gitar aku ke Gibson.Aku meminta lelaki ini menghantar gambar dan sebut harga padaku.Dan inilah yang telah terjadi..Pengsan...Aku pula yang pening melihat harga-harganya..haha




Hi! here are the SG and LPs available for now...

a. 71' Gibson SG deluxe, natural... all *original parts... gibson padded gigbag RM 8,690


h. Gibson Les Paul Studio 2007 - RM 6,600






Specification:
Cherry (wine red) see thru finish
Carved maple top and mahogany back;
Mahogany neck,
'59 Rounded Les Paul;
Rosewood fingerboard (Ebony on Alpine white);
Tune-O-Matic bridge with stopbar;
Gold hardware;
490R and 498T Alnico 2 magnet humbucker pickups;
2 volume and 2 tone knobs,
3-way switch

Overall it's in mint condition - no issues
9/10 cosmetics, electrical and hardware condition
Hardly used
Great tone as a Gibson should
*comes with the original hardcase

3. 04' Gibson Lespaul 59 RI... darkburst... pups upgraded to sheptones legends... rs electronic kit upgrade installed... includes orig hard case... certificate of authenticity and case candies... RM 16,900


9. GIBSON LP CUSTOM TB '78


1.'59 Replica RM 39,000
A beautiful les paul replica loaded with GENUINE 50's parts!!!


Previous owner says it was made by an under the radar maker the said maker of "the les paul factory" which we read on the forums. Previous owner says it is made from really old honduran mahogany, with all hide glue construction! He also says the pickups are made from 50's magnets and 50's frames with 80s dimarzio bobbins rewound by fralin. They sound amazing. It also has a real 50's tip, real 50's tuners, real 50s switch, real 50's studs tailpiece, 50s strap pins and the rest is all vintage clone. The beautiful chocolate braz board is from a 61 SG.

Please note: *original = includes the correct potentiometer, bridge assembly, tuners/machine heads.

We can always talk about the top up later, hope that works for you Smiley

Warmest regards,
Rozhan Asaad

Hari-Hari Yang Mendatang

Ermm,aku pun tak tahu apa yang akan jadi pada hari-hari yang mendatang.Macam-macam benda boleh jadi.Ada benda yang boleh membuat aku berfikir panjang.Dan ada benda yang membuat aku tak mahu fikir langsung tentang perkara itu.Aku dah malas.Macam-macam masalah.Siapalah yaang boleh bantu aku dalam menyelesaikan masalah ini?Aku meminta bantuan.Dan kadang-kadang aku seperti tidak memerlukan sebarang pertolongan langsung.Aku tidak mahu.

Aku benci dengan sikap segelintir manusia di Malaysia ini.Kuno dan kolot.Please think out of the box,okay.When i think about what you said to me,you totally make me angry.Nasib baik aku bukan Incridible Hulk.Kalau tidak habis aku kerjakan manusia-manusia yang aku tidak suka.Masalah-masalah didalam kepalaku ini membuat aku jadi tertekan.

Ikutkan hati aku,aku tak mahu lihat orang yang aku tidak suka hidup.Kalau boleh aku mahu dia lenyap dari dunia ini.Baru aku berasa lega.Aku tak kisah apa yang orang nak cakap.Sebab aku adalah diri aku.Sedikit pun aku tak kisah.Aku terima apa-apa sahaja cabaran yang bakal aku lalui.Aku bersedia.Biarlah orang nak kata apa.Ini hidup aku.I will do what im suppose to do.Not because of FATE.But,it is because of ME.Thanks PEOPLE!!!

Wednesday, May 13, 2009

F**K OFF!!!

F**K YOUR BLOODY S**T!!!IF I HAVE A GUN,SURE I WILL KILL YOU AND CUT YOU INTO PIECES!!!F**K YOU!!!

Tuesday, May 12, 2009

Tiba-Tiba Aku Tersedar

Apa salahnya aku gabungkan unsur-unsur Emosi,Perasaan,Dunia,Masa Hadapan,Masa Silam dan Sufi dalam lagu-lagu aku..Tentunya ia adalah satu idea yang aku baru dapat tadi.Mungkin boleh jadi..Dadah tak semestinya boleh buat aku melayang..Tapi yang pastinya DIA dapat buat aku melayang..Selesaikan kerja rumah dahulu!!!.Peace!!!


Monday, May 11, 2009

High End

Ada sebab aku bercakap tentang high end.Seperti hari sabtu tempoh hari.Aku berjumpa dengan kawanku punya kawan.Dia bertanya padaku.."Kenapa kau beli effect mahal-mahal?Sampai patch cable pun yang tak sampai 1 kaki pun dah Rm25.Ada banyak pulak tu.Baik pakai multi effect je"..Ok.Disini aku akan terangkan sebab-sebabnya mengapa aku pakai barang-barang tersebut..

1-Tidak mudah rosak

2-Sangat berkualiti

3-Untuk mendapatkan sound sendiri dan yang sedap

4-Untuk mengurangkan noise

5-Untuk menjadikan tone itu keluar

6-Mudah untuk digodek-godek

7-Mudah dipakai

8-Sound lebih 'REAL'


Ok.itu sahaja jawapannya.Bukan aku tak mahu pakai yang murah sikit.Tapi bagi aku sound adalah yang terpenting.Aku amat menitikberatkan tone dan sound.Sebab tu aku sanggup mnegeluarkan $$$ lebih sedikit.Itupun untuk mencapai kepuasan.Kenapa tidak Multi Effect???Sebabnya..

1-Sound yang amat digital.Aku tidak minat sound digital

2-Sound tak sedap

3-Tone dan sound tak berapa keluar

4-Ketika mahu switch pedal,refleknya agak lambat sedikit

5-Tidak boleh dieksperimentasikan

6-Sebab majoriti artis-artis luar negara tidak memilih untuk memakai multi effect


Jadi,aku tetap memilih 'stomp boxes' kerana ia adalah yg terbaik..Dan dapatkan yang terbaik.Kalo aku banyak duit,Aku hanya mahu memakai Rack Effect Unit sahaja.Lagi puas...huhuhuhu...Sebenarnya ia terpulang pada diri atau individu itu sendiri.Bergantung pada bajet.Itulah jawapan untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan peralatan musik yang aku pakai.Aku harap tak ada lagi kawan aku punya kawan akan bertanya lagi soalan seperti ini kepadaku.Sekian...


Sunday, May 10, 2009

Hari Sabtu 09 May 2009

KORG MS2000R
SYNTH STATION

SEMAK SAMUN

Semalam adalah hari latihan musik untuk aku yang paling sempurna.Serba serbi mencukupi.Tiga-tiga lagu yang aku mainkan dengan yasin sangat sempurna tidak seperti sebelum ini.Aku sangat teruja.Dengan penambahan 3 synthesizer dalam ketiga-tiga lagu.Aku berasa sangat puas hati.Semuanya 'perfect' lah katakan.huhu...Dan tak sabar nak berlatih lagi minggu depan..Yes!!!Peace!!!

Saturday, May 9, 2009

Lebih Baik Diam Dari Bercakap

ADA BAIKNYA KALAU KAU DIAM DARI KAU MENERUSKAN PERCAKAPAN.KERANA IA AKAN MEMBUATKAN AKU NAIK DARAH.DAN BILA DARAH AKU NAIK DARAH,AKU DAH TAK PEDULI SIAPA KAU.SEBAB AKU AKAN BUAT KAU MENDERITA SAMPAI BILA-BILA.PERCAYALAH.AKU MENGAKU YANG AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG "JAHAT".AKU BUKAN MENGGERTAK.AKU BERSUNGGUH!!!FAHAM?!!

Nak Buat Atau Tak Nak

Hrmmmm...Masih difikirkan....

Friday, May 8, 2009

Baru Bangun

Selamat tengahari..Aku baru bangun dari menyempurnakan tidurku yang sangat indah dan selesa..Tetapi apabila datang adikku yang bernama aniq untuk bermain game di macbook ku ini,langsung aku bagaikan diganggu dan aku merasa terganggu.Tapi aku tak kisah sebab aku sudah puas tidur..huhuh..Jadi sekarang aku mahu makan sebab aku lapar.huhu..Cheers!!!

Thursday, May 7, 2009

Pening kepala

Kepala aku pening makan gula-gula apa entah yg diberi oleh seorang cikgu drum disini.Rasnya sangatlah pelik..Sampai aku penung dibuatnya.hahaha

Aku Dapat Offer Kerja Baru!!!


Alhamdulillah...Tadi,aku mendapat berita gembira dari kawanku yg aku mendapat peluang kerja baru sebagai 'Pengurus Pemasaran' disebuah syarikat logistic yang terletak di Pelabuhan Klang.Ianya sebuah syarikat yang kukuh setelah aku sediliki.Dan aku bertanya kepada beliau.."Kenapa aku layak dapat jawatan ni?"..Dia menjawab"Sebab kau mempunyai banyak pengalaman dalam pelbagai bidang,especially bisnes.Dan kau seorang yang berfikiran bisnes dan pandai 'manage' sesuatu perkara.Sebab tu kau layak untuk memegang jawatan ni".......Sumpah masa tu aku terkedu..Bagaikan tidak percaya..Alhamdulillah..Dan kemudian aku bertanya kepadanya."Berapa dorang nak bayar aku?"..Dia menjawab"RM****.** to RM*****.**"..Terus aku bagaikan tak boleh bergerak..Aku kaku.Sampai waktu ini aku masih terfikir lagi tentangnya.Bukan apa,aku cuma fikirkan tanggungjawab kerjanya sangat berat.Bermacam-macam perkara perlu aku fikirkan.Dan apa yang aku fikir,jika aku bekerja didalam bahagian logistic,aku masih mampu mencari punca $$$ kerana bidangnya sangatlah luas.Anda fahamkan maksud aku?Tetapi ianya perlulah secara HALAL..Aku masih perlu memikirkan lagi tentang ini.Masih banyak lagi persoalan-persoalan yang bermain didalam kepalaku ini.Dan aku memberitahu kawanku itu yang aku perlukan sedikit masa untuk memikirkan perihal ini.Sebabnya untuk memikirkan banyak benda lagi.Pheww...Macam mana kawan-kawan?Bolehkah anda membantu saya dalam menyelesaikan ikatan rambang yang bersimpul didalam kepalaku ini???

Wednesday, May 6, 2009

Kesusahan

AKU BERJANJI AKAN MENOLONGNYA JIKA DIA BERADA DIDALAM KESUSAHAN.INSYAALLAH....

Perubahan Dan Kolot


Pada zaman moden ini,kita memerlukan dan perlu mengubah cara pemikiran.Terutamanya untuk orang-orang yang berusia 40-60 tahun yg masih lagi bernyawa pada zaman sekarang ini.Kerana tidak sepatutnya mereka masih memikirkan tentang TRADISI pemikiran seperti dahulu.Tidak semestinya yang DIAM itu tidak berilmu atau tidak mempunyai apa-apa.Dan juga tidak semestinya yang BERSUARA itu mempunyai sesuatu yang berbeza atau mempunyai kelebihan dari orang yang diam itu.Itulah TRADISI pemikiran orang pada usia 40-50 tahun yg masih lagi bernyawa pada zaman sekarang.Maksudku,bukan untuk semua orang pada usia ini.Tetapi SEGELINTIR sahaja.

Masih lagi ada mereka yang berfikiran seperti ini.Bukan aku mahu mempertikaikan perihal ini semata-mata.Tetapi bila mereka berfikir seperti cara TRADISI mereka,ia boleh merosakkan masa hadapan seseorang individu atau masa hadapan anak-anak atau cucu serta orang-orang yang berada disekilling.Cubalah berfikir secara rasional.Bukan semua nasib orang sama.Bukan semua orang sama.Semua ada cara dan citarasa tersendiri.Cuma cara untuk MENGAPLIKASIKAN sesuatu itu yang berbeza dari persepsi masyarakat.Sebagai contoh,apabila kita lihat kehidupan seseorang itu seperti sempurna,tidak semestinya hatinya TENANG.Dan juga sebaliknya.

Jadi,elok sangatlah jika mereka-mereka ini merubah cara pemikiran yang aku panggil 'KOLOT
' agar hati semua orang menjadi tenang.Dan aku sangat percaya bahawa seseorang individu itu mampu berubah.Ok.Peace!!!

Tuesday, May 5, 2009

Guna Apa Yang Ada


Aku tak akan salahkan tuhan,diri aku atau sesiapa.Aku cuma menggunakan apa yang dianugerahkan oleh Allah.Dan semestinya aku kagum dan bangga atas bakat yang dianugerahkan oleh Nya kepadaku..Rugilah kalau aku tidak menggunakan kurniaanNya.Jikalau aku tidak menggunakannya,bukan sahaja aku rugi.Malah,aku juga akan tergolong dalam golongan HIPOKRIT..Mengikut kata-kata manusia yang belum tentu betul walau difikirkan secara waras pun.Aku terikat dengan janji manusia.Manusia itu hanyalah Manusia.Bukannya apa-apa pun.Bukannya tuhan.Bukan penentu jalan hidup.Hanya diri sendiri yang menentukan jalan hidup.Tuhan mengizinkan.Kerana keizinan itu adalah dari tuhan.

Baru tadi aku ke Sungai Buloh berjumpa dengan Emy.Selepas menghantarnya pulang,aku ke studio berjumpa dgn Yasin.Sedang aku bersembang dengan Yasin,tiba-tiba M Nasir muncul dibelakangku.Lalu bertanyakan apa yang sedang aku lakukan.Aku menjawab yang aku sedang berbual.Begitu juga dengan Yasin.Sama saja jawapanya sepertiku.Kami sedang berbual tentang sesuatu waktu itu.Harus ku rahsiakan.Lantas M Nasir bersuara dgn suaranya yang garau itu."Ni apa ni?Apa yang kau buat ni?Tak ada KEUNTUNGAN.Tak perlu berbual.Yang penting adalah PENGHASILAN.Kita perlukan PENGHASILAN".Aku terkedu seketika memikirkan apa yang disampaikan olehnya sebentar tadi.Aku berfikir dalam-dalam apa yang disampaikan olehnya.Sungguh dalam dan berfalsafah apa yang dikatakan olehnya walaupun ia hanya seperti bualan ringkas dan bersahaja.Oleh sebab itu,aku terus mendalami dan melayani pencarian dalam kepalaku ini sehingglah aku berpuas hati dengan jawapanku.Dan aku telah berfikir satu benda dan memang ianya ada kaitan dengan kurniaan tuhan.Terima kasih SIFU kerana membuatkan aku sedar.

Jadi,mulai hari ini,aku tak akan hiraukan apa yang orang kata.Sebab semua orang ada cara yang tersendiri untuk menaikkan taraf dirinya.Cuma yang sukar adalah PELUANG.Dan juga NASIB.Ia sangat berkait rapat.Thats all for this entry.Peace!!!

Monday, May 4, 2009

KEPETAKAN YANG TEPU


DUA KALI MASUK DALAM PETAK DIULI HINGGA TEPU LANGSUNG JADI SUPER PETAK MASTER KERAS TAK PANDANG ATAS DAN DEPAN LAGI PANDANG BELAKANG BUAT JADI BUNTU KUNO KOLOT BINGUNG SEJARAH MAKAN BALIK DALAM DIRI SENDIRI TERUS DONGAK KE ATAS TAK LIHAT BERLAKU TIKAM MATI POTONG TARIK NYAWA BIAR BERLALU PERGI!!!PETAK TERLAMPAU....

Kebosanan Dan Penyelesaiannya

Aku baru bangun tido ni.bila bangun je,aku dah rasa bosan.dan aku rasa aku perlu keluar jalan2..hari ni aku rasa nak pergi jalan2 dekat area Subang Jaya.maybe Subang Parade.sbb pukul 5 aku kena amik awek aku yg baru abis kerjanya.sementara tunggu dia abis kerja,eloklah kalo aku pergi berjalan jalan dulu..nak tengok wayang aku rasa tak sempat.mandi pun belum lagi ni.haa,baru teringat.aku nak pergi carwash nak basuh kereta..huhuh..pastu baru pergi Subang..bergerak sekarang!!!

Tak Tahu Yang Mana Satu


Ermm,seperti biasa aku ni mmg susah nak buat keputusan.Lagi2 bila memikirkan pasal muzik.aku jadi tak keruan.kepala melayang jauh memikirkan sesuatu.seperti sekarang ini,aku sedang memikirkan tentang apakah amp yg paling sesuai utk aku..dari td asyik memikirkan perkara yang sama..sampai aku pun dah naik busan dan mengantuk..didalam kepala aku ni,aku sedang memilih dua amp ni..kedua duanya mempunyai karakter masing2.tp aku masih tak dapat nak pilih yang mana satu..mari lihat apakah jenis amp yg sedang menganggu fikiran aku ketika ini..


PEAVEY 5150

MESA BOOGIE DUAL RECTIFIER

Lawa kan dua2 amp ni?buleh buat aku tak tidur malam...haishh...didalam dilema aku ni..tak tau nak pilih yg mana satu..pelik..kalau tak fikir,nnt lagi semak kepala aku ni..tp mesti awek aku kata camni kat aku."apa ni?x faham..baik kumpul duit kawin"..hehhehe..betul jg katanya..hehe..kalo ada duit jatuh dari langit,akan ku beli dua2 sekali..berangan je lebih aku ni..harap2 sau hai nnt aku dapat beli salah satu amp ni..konsentrasi aku terganggu bila memikirkan tentang amp ni ketika jaming..Insyaallah.doakan aku ye kawan2...

Sunday, May 3, 2009

Fender Telecaster VS Gibson SG...Mana Satu Pilihan Hati???

Aku sekarang menggunakan gitar Fender Tele 52 Reissue...Seperti gitar aku,ia mampu mendapatkan bunyi yg org kata "Super Clean" dan "Twangy"...mmg bila aku main gitar aku ni aku teramatlah susah nak lepas..maksudnya 'stop' la tu..hehe...itulah keistimewaan tele...tetapi,bila aku mahukan bunyi2 "High Gain",tele tak mampu utk membuatnya...jadi,apa perlu aku buat????

Fender Telecaster

Jadi,apa yg perlu aku buat ialah dgn hanya membeli satu lagi gitar yg mempunyai humbucker pickup ...Dan gitar yg mempunyai humbucker pickup adalah seperti Gibson SG..dan ia adalah gitar idaman aku....tetapi,ia hanya menang pada bunyi "High Gain" sahaja...kalau clean soundnya bagi aku tidak berapa best la.agak tebal sedikit.sbb aku suka bunyi2 clean yg betul2 clean...habis,macam mana aku nak buat ni??takkan aku nak custom gitar kot?itu mampu menghabiskan wang paling kurang pun belas-belas ribu...apa yg patut aku buat ni?

Gibson SG

Ermm...adakah aku patut mendapatkan pickup "P90"?Ataupun,Fender Jazzmaster terus?uhuhuh...mcm best je kalo beli Fender Jazzmaster...waaa...mungkin betul apa yg aku fikir...Fender Jazzmaster yg memiliki P90 pickup mampu mebuat bunyi clean dan high gain yg baik...Jadi,inilah yg aku rasa patut aku dapatkan....uhuh..Yess!!!Doakan yer kawan2!!


P90 Soapbar Pickup

Fender Jazzmaster












Hari Semalam


Hari semalam mmg hari yg memenatkan...juga hari yg banyak kejutan...macam AF je...huhu...Ok...aku sangatlah gembira dan sangat puas sekarang ini sbb smalam aku jaming lama giler dan betul2 memberikan 100% tumpuan aku pada lagu..aku start jaming dalam pukul 915 pm sehinggalah pukul 3 am..lebih kurang 6 jam..padahal 3 lagu je aku practice...aku berasa pelik dan hairan sbb masa tu berlalu cpt sgt..tp 3 lagu tu pun aku dah rasa mcm 10 lagu aku practice..huhhu..bukan itu saje,lepas abis kitorang g makan nasi lemak smp kol 4 am..lepas tu aku balik putrajaya smp umah kol 5 am..perghh,penat nak mampus...tapi disebabkan aku terlalu gembira dan sangat berpuas hati jaming semalam,mengantuk pun aku tak hiraukan..dengan selambe jer aku balik putrajaya tanpa rasa mengantuk...sbb best sgt...

Jadi,hari semalam memang best!!!

Saturday, May 2, 2009

Selamat Pagi


Huhh...Pagi yg baru...semangat hari ini utk pergi sg buloh...yeah!!!

Kenapa Kau Jadi Hipokrit???

Aku mmg cukup tak suka bila kawan2 aku jd hipokrit...Terutama kawan2 yg rapat dgn aku..Shit!!!Fucking shit!!!Aku mmg tak suka membenci org..Tp bila KAU dah jadi betul2 hipokrit,kau telah menjadi salah seorang musuh aku...Im so sorry to say this...Aku dah tak peduli kehilangan seorang kawan yg macam kau..Super Hipokrit!!!

Friday, May 1, 2009

Lama Tak Update


Lama jgk aku tak update blog ni...sbbnya aku byk komitmen..mcm2 benda aku kena buat..Kadang2 rasa nak give up,tp benda tu aku minat...seperti biasa aku selalu ketagih nak main muzik@jaming with my band...aku tak sabar menunggu esok malam utk ke sg buloh bermain muzik..dan juga tidak lupa kepada kekasih aku...tidak sabr jugak nak berjumpa dgn dia..

ok,aku mahu pembaharuan dlm lagu2 yg aku dah buat...tp aku bukan org yg mengambil dadah sbb senang utk utk mendapat feel...bagi aku,untuk membuat lagu,aku perlu jujur..tak perlu perah otak untuk menyiapkan sesebuah lagu..thats why aku tak berapa ready utk bermain gig walaupun ada organizer2 pernah mengajak Susor Masa utk bermain gig..sbb aku belum bersedia..aku perlu memastikan lagu aku betul2 mantap...tidak seperti sblm2 ini..lagu tak abis buat dan aku masih tak berpuas hati dgn lagu2 lama..sbb aku ni gelojoh dan memaksa kepala aku memikirkan sesuatu utk membuat lagu...tapi tidak sekarang.aku perlu pastikan semuanya tersusun mengikut kemahuan jiwa aku...tak perlu memaksa kepala aku sgt...cuma perlu berfikiran logik pada asalnya...

Dan aku perlu memenuhkan ruang2 kosong didalam lagu aku sbb kami hanya bertiga..kadang2 berdua..aku tak kisah pun sebenarnya berapa ramai org didalam band aku...tp bg aku lagi sikit lagi bagus sbb ia akan mencabar aku membuat sesuatu diluar jangkaan aku sendiri..mencabar kepandaian aku dlm menyusun bahagian2 lagu..dan aku sgt suka..Dan secara jujurnya,aku amat suka dgn lagu baru aku berbanding lagu2 yg lama..sbb ia sgtlah progressive..kadang2 bila salah ketika practice,acin mesti akan marah aku..dan aku sgt suka..sbb ia akan membuat aku lebih fokus pada pengiraan bar...

Itu saja utk entry kali ini...dan tentunya aku tidak sabar utk jaming malam esok...