Tuesday, May 5, 2009

Guna Apa Yang Ada


Aku tak akan salahkan tuhan,diri aku atau sesiapa.Aku cuma menggunakan apa yang dianugerahkan oleh Allah.Dan semestinya aku kagum dan bangga atas bakat yang dianugerahkan oleh Nya kepadaku..Rugilah kalau aku tidak menggunakan kurniaanNya.Jikalau aku tidak menggunakannya,bukan sahaja aku rugi.Malah,aku juga akan tergolong dalam golongan HIPOKRIT..Mengikut kata-kata manusia yang belum tentu betul walau difikirkan secara waras pun.Aku terikat dengan janji manusia.Manusia itu hanyalah Manusia.Bukannya apa-apa pun.Bukannya tuhan.Bukan penentu jalan hidup.Hanya diri sendiri yang menentukan jalan hidup.Tuhan mengizinkan.Kerana keizinan itu adalah dari tuhan.

Baru tadi aku ke Sungai Buloh berjumpa dengan Emy.Selepas menghantarnya pulang,aku ke studio berjumpa dgn Yasin.Sedang aku bersembang dengan Yasin,tiba-tiba M Nasir muncul dibelakangku.Lalu bertanyakan apa yang sedang aku lakukan.Aku menjawab yang aku sedang berbual.Begitu juga dengan Yasin.Sama saja jawapanya sepertiku.Kami sedang berbual tentang sesuatu waktu itu.Harus ku rahsiakan.Lantas M Nasir bersuara dgn suaranya yang garau itu."Ni apa ni?Apa yang kau buat ni?Tak ada KEUNTUNGAN.Tak perlu berbual.Yang penting adalah PENGHASILAN.Kita perlukan PENGHASILAN".Aku terkedu seketika memikirkan apa yang disampaikan olehnya sebentar tadi.Aku berfikir dalam-dalam apa yang disampaikan olehnya.Sungguh dalam dan berfalsafah apa yang dikatakan olehnya walaupun ia hanya seperti bualan ringkas dan bersahaja.Oleh sebab itu,aku terus mendalami dan melayani pencarian dalam kepalaku ini sehingglah aku berpuas hati dengan jawapanku.Dan aku telah berfikir satu benda dan memang ianya ada kaitan dengan kurniaan tuhan.Terima kasih SIFU kerana membuatkan aku sedar.

Jadi,mulai hari ini,aku tak akan hiraukan apa yang orang kata.Sebab semua orang ada cara yang tersendiri untuk menaikkan taraf dirinya.Cuma yang sukar adalah PELUANG.Dan juga NASIB.Ia sangat berkait rapat.Thats all for this entry.Peace!!!

1 comment:

Lovely Emy said...

efi borak apa.? nak tau jg.??!!