Monday, June 22, 2009

Best Of The Best!!!

GETARAN JIWA
(Tan Sri P Ramlee)




Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu

Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu

Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa



Bagi aku ini adalah sebuah ilham kurniaan tuhan yang dihadiahkan kepada Tan Sri P Ramlee.Sangat indah dan mendalam apa yang disampaikan olehnya.Melodi yang cukup sempurna dengan irama jazz.Intonasi yang tepat.Ia memberi aku satu perasaan pemikiran ke arah lain.Bila aku dengar lagu ini,aku rasa sangat sayang kepada muzik.Aku bukan emosi.Tetapi itulah apa yang aku rasa apabila mendengar lagu ini.Bukankah lagu ini mampu membuat sesiapa yang mendengarnya merasa sesuatu?Adakah ia benar?Ya!Ia adalah yang terbaik!!!

Pagi Yang Sangat Segar



Hari ini aku terbangun awal.Mungkin sebab aku cukup tidur ataupun tidur aku terganggu.Tapi dengan suasana matahari dan udara yang aku sedang lalui pada saat ini membuatkan aku seperti dalam video klip live Pink floyd di Pompei.Hehe.Sambil mendengar lagu Comfortably Numb dari Pink floyd.Memang lagunya sangat terbaik hingga mampu membuat sesiapa yang mendengarnya melayang-layang(Untuk yang boleh menerima muzik seperti ini sahaja).Gitar solo dari David Glimour yang membuatkan gitarnya seolah-olah menggantikannya di posisi nyanyian.Menjerit-jerit gitarnya itu.Sangat memuaskan untuk pagi yang sebegini.Mari makan roti+nutella dan juga minum air teh atau kopi!!!

Saturday, June 20, 2009

Jawapan kepada kerinduan

Ok kawan-kawan.Akan ku khabarkan apa yang aku sangat rindui.Inilah kesayanganku yang aku rindui.



Ia sedang sakit dan ia sedang dirawat serta aku turut membuat sedikit modifikasi keatasnya.Huhuhu...Suspen sangat kan?Walaupun aku merindui 'si dia',tetapi aku tidaklah mudah untuk melupakan si Emy tu.Rindu juga aku padanya.Sudah 5 hari tidak bertemu dengannya.Kan Emy kan?Nanti kita jumpa,berboraklah sampai letih,ok.Huhu..Ok.Itu sajalah apa yang aku rindu buat masa ni.Dan malam ini aku akan ke Sungai Buloh seperti biasa melakukan aktiviti hujung minggu.Praktis.Sebab minggu depan Pita Hati ada gig di MCPA.Jadi aku perlu bersiap sedia dari sekarang.Ok kawan-kawan,jumpa lagi ya!!!

Friday, June 19, 2009

Perpindahan

Aku bakal berpindah ke sebuah penthouse baru dalam masa sebulan ni.Benda yang aku paling malas ialah waktu mengemas barang.Malas nak mengangkut barang-barang yang banyak dan berat.Huhu.Tapi tak apa.Aku suka berpindah dari sini.Yeah!!!

Keadaan Rindu Menjadi-Jadi

Untuk pengetahuan kawan-kawan,waktu ini aku sangat rindu pada 'si dia' ni.Sudah 4 hari aku tidak bertemu,tidak dapat memeluknya,tidak dapat merasa kehangatannya serta tidak dapat menciumnya.Aku sangat rindu pada 'si dia'.Teramatlah rindu.Tentu anda semua tertanya-tanya siapakah 'si dia' itu kan?Baiklah,akan ku khabarkan kemudian..

Thursday, June 18, 2009

Silakan Ke Neraka!!!

Kepada yang 'berkenaan',silakan ke NERAKA!!!Dan silakan mampus!!!

Wednesday, June 17, 2009

Keadaan Waktu Ini

Semenjak dua menjak ni aku agak malas sikit.Kurang mood.Asyik terasa nak marah je.Emo-emo ambient sikit.Entahlah.Nak update pasal gig hari tu pun macam malas.Tak apa.Nanti bila aku sudah rajin,aku update ya.Semoga sejahtera!

Monday, June 15, 2009

Gig Di Johor Bahru 07 Jun 2009


Inilah flyers untuk gig di Johor Bahru minggu lepas.Semuanya berjalan dengan lancar.Cuma amp yang aku pakai kurang memuaskan hingga membuat bunyi gitar aku seperti nyamuk.Amp gitar yang menggunakan khidmat transistor telah panas selama 4 jam.Sudah tentu bunyinya amat memualkan.Aku tak kisah pun.Biarlah.Yang sudah tu sudahlah.Kami naik di atas pentas dalam pukul 530 petang.Soundman yang agak pemalas kerana aku tidak mendengar bunyi gitar aku di monitor yang berada di depan aku sendiri.Berulang kali aku memberitahu soundman itu yang aku tidak dengar bunyi gitar aku sendiri.Tetapi dia buat tak tahu saja.Pemalas punya soundman.Geram aku.

Ramai juga yang hadir pada hari itu sebab ada Bunkface lah katakan.Huhu.Gig berakhir pada pukul 11 malam.Dan kami pulang ke Singapura untuk menghantar Khairul pulang.Kami bertolah dari Singapura setelah mengambil barang dan menghantar Khairul dalam pukul 2 pagi.Masa tu aku memang penat.Apa yang aku fikirkan ialah aku mahu sampai rumah secept mungkin.Lalu aku mendapat kepercayaan kawan-kawan aku untuk memandu pulang.Apa lagi,dari Johor Bahru sampai Putrajaya aku buat hanya 3 jam.Jangan ditanya berapa laju aku pandu.Aku memandu didalam keadaan penat dan mengantuk tetapi penuh keyakinan.Huhu.

Gig kali ini aku kurang berpuas hati padsa sistem bunyinya.Tak apa.Boleh cuba di lain masa.Gambar nanti aku upload ya.Ianya ada pada Ilham.Belum siap lagi.Tunggu ya kawan-kawan...

Monday, June 8, 2009

Singapura Part 3 (06 June 2009)

Tanggal 06 June,aku masih lagi berada di Singapura.Rancangan telah diatur.Biasalah,apa lagi kalau bukan jalan-jalan.Semestinya hari itu hari Sabtu.Sudah tentu ramai orang melangsungkan perkahwinan.Kenapa aku bercerita tentang perkahwinan?Sebabnya pada hari tersebut,ibu Khairul meminta kami menghantarnya ke rumah orang kahwin atas jemputan.Jadi kami terpaksa duduk berhimpit didalam kereta selama 30-40 min.Bayangkan betapa seksanya kami(aku,Acin,Khairul dan Sarai pada waktu itu.Boleh dapat lelah.Huhu.Tapi aku tidak kisah pun sebenarmya.Apa salahnya menumpangkan ibu Khairul kan?Selepas menghantar ibi Khairul,kami pun memulakan perjalanan untuk melaksanakan rancangan pertama iaitu makan tengahari.

Pada asalnya,kami setuju mahu makan tengahari di McDonalds.Tetapi aku rasa agak kurang memuaskan kerana McDonalds terdapt dimana-mana.Apa yang perku dihairankan.Lalu kami pun bercadang untuk makan makanan laut masakan cina melayu.Makan lagi di bandar.Kos 5 orang makan tengahari itu ialah $75.Gila mahal.Tapi apa yang perlu dipedulikan.Benda semua dah masuk perut.Huhu.Kami pun bayar sajalah.

Selesai makan tengahari,kami ke kedai menjual alatan muzik.Memang ini saat-saat yang aku tunggu.Tetapi malangnya apabila bateri telefon aku habis.Langsung aku tidak boleh mengambil gambar pada hari itu.Tambahan pula charger pun rosak juga.Aku berasa sangat puas.Dan selepas meninggalkan kedai-kedai muzik tersebut,kami memulakan langkah untuk membuat peninjauan di kompleks membeli-belah pula.Aku tak ingat kompleks apa yang aku pergi.Tapi kompleksnya besar,cantik dan menarik.Kami jalan-jalan sambil melihat barang-barang untuk dibeli.Kiranya ini adalah waktu ber'shopping'lah.Aku agak pening memikirkan apa yang harus aku beli.Tiba-tiba aku ternampak sebuah butik terkenal.Oh ya,aku perlu menghadiahkan emy sesuatu dari Singapura.Dengan lantasnya aku terus masuk ke butik itu.Setelah membuat pilihan dan meminta pendapat dari kawan-kawanku,aku pun membeli sesuatu untuknya.Jeng jeng jeng....Huhu..Apakah benda itu?Biarlah rahsia.Huhu.

Selesai sudah projek 'shopping',kami pun bergegas ke studio latihan muzik.Kali ini ianya tidak sama dengan studio latihan semalam.Kami berlatih selama 3 jam.Bermula dari pukul 8 malam hingglah ke 11 malam.Selepas itu,perut masing-masing sudah lapar.Apa lagi,jom ke kedai makan.Kali ini,kami hanya ke kedai mamak sahaja.Kerana masing sudah tidak ada tenaga untuk berjalan jauh-jauh lagi.Satu hari suntuk berjalan sudah tentulah aku inginkan rehat yang cukup kerana pada keesokan harinya kami ada gig di Johor Bahru.Jadi,selepas makan kami pun pulang ke rumah untuk berehat.Dibawah ini adalah gambar hadiah yang aku belikan untuk emy.Hadiahnya tak perlulah ditunjukkan ya?Huhu.Ok.Get ready for tomorrow baby!!!!Go to sleep!!!


Singapura Part 2 (05 June 2009)

Ok.Ini adalah hari kedua aku di Singapura.Walaupun badan letih,aku tetap cuba untuk bangun awal sebab aku tak mahu membazirkan masa dengan tidur.Aku mahu berjalan-jalan di bandar Singapura.Lebih kurang jam 130 tengahari,kami berlima memulakan perjalanan ke bandar Singapura.

Destinasi pertama ialah rumah makcik Ilham.Tetapi makciknya tiada dirumah.Lalu kami meneruskan perjalanan ke bandar untuk makan tengahari.Kami memilih Arab Street tempat untk menjamu selera kami kerana tema untuk makan hari itu adalah makanan melayu.Lalu kami makan di kedai Hajah Maimunah Masakan Padang.Pehh,dengan nama tuhanku,inilah masakan padang yang paling sedap pernah aku rasa.Segalanya cukup.Kami mengambil asam pedas ikan pari,ayam bakar,sayur pucuk ubi,siput sedut masa lemak,daging black paper dan lain-lain.Sangat mengenyangkan dan memuaskan.

Selesai makan tengahari,kami pun bergegas ke bandar dimana di dalam kepala aku sedang aku fikirkan tentang kedai-kedai gitar disana.Bila tiba disana,aku merasa kagum kerana Singapura adalah negara yang bersih berbanding Malaysia.Bandarnya sangat bersih.Ia membuat aku selesa untuk berjalan-jalan.Lalu kami ke Peninsula untuk mengadap kedai-kedai gitar.Elok sahaja aku melepasi pintu utama di Peninsula aku jadi sangat happy.Aku rasa diantara kami berlima akulah yang paling happy,Huhu.Mana taknya bila aku tengok kedai gitar terlalu banyak disana.Aku jadi rambang mata.Gembira sangat.Aku rasa seperti mahu menjerit.Tapi aku malu.Hehe.Aku terlalu suka bila dapat melihat banyak kedai gitar yang hebat.

Selepas kami sudah puas pergi melayan semua karenah kedai-kedai tersebut,kami pun mula berjalan-jalan di pusat membeli-belah yang lain.Banyak sangat.Penat aku dibuatnya.Tapi aku gembira.Memang pergi ke sana untuk berjalan-jalan sampai puas.Setelah penat berjalan,kami pun singgah di Burger King untuk makan.Selesai makan,pada pukul 830 malam,kami ke Arab Street untuk memulakan sesi latihan muzik.Studionya agak bagus.Kemas dan bergaya.Haha.Kami berlatih selama 2 jam.

Setelah selesai semua sesi latihan,kami pun ke kedai makan lagi untuk makan.Kali ini memang aku tak tahu dimana Khairul membawa kami untuk makan.Yang aku ingat aku hanya makan chicken chop rice.Sedap juga.Ia memang hari yang memenatkan dan mengenyangkan.Haha.Apabila habis makan,boleh pula mereka mengajak untuk makan ais krim.Aku lanyak saja.Memang sangat mengenyangkan.Bila mata dan badan masing-masing sudah penat dan mengantuk,kami pun barulah teringat nak balik tidur.Itupun dalam pukul 3 pagi.Sangat puas.Maaf kerana tak ambil banyak gambar kerana kehabisan bateri.Tetapu pula banyak gambar di dalam kamera Ilham.Nanti aku ambil ya.Lihatlah gambar-gambar ini.Selesai untuk Part 2.



Aku,Khairul dan Saraidi rumah makcik Ilham
Mereka sedang membincangkan tentang sesuatu
Ilham dan Sarai selepas makan tengahari
Yasin dan Khairul selepas makan tengahari
Amacam kawan-kawan?
ESP area
Cacat tak kalau begini?
Fender And Gibson
Gitar selonggok kalau jatuh habis lemas

Ketibaan

Alhamdulillah aku baru sahaja selamat sampai di Putrajaya.Dan aku mahu tidur.Penat dan bosan!!!

Saturday, June 6, 2009

Singapura Part 1 (04 June 2009)

Akhirnya sampai juga aku di Singapura dengan selamat.Alhamdulillah.Tapi aku merindukan mimiku..Huhu.Perjalanan mengambil masa dalam 7 jam.Itupun pun lebih kurang 5-6 kali kami berhenti.Elok sampai di Singapura,kami sesat.Am mengatakan bahawa dia tahu akan selok-belok jalan-jalan disini.Rupa-rupanya dia tidak berapa arif tentang selok-belok disini.Langsung kami sesat di lebuhraya.Lalu kami meminta pertolongan Khairul(sepupu Am).

Setibanya di rumah Khairul,kami mandi dan terus keluar untuk makan.Makanannya sedap walaupun kami hanya makan dikedai mamak.Tetapi harganya memang mahal.5 orang makan rm70.Padahal makan sikit sahaja.Dan disebabkan kami memandu kereta bernombor pendaftaran Malaysia,jadi kami terpaksa membayar SGD 2 sejam untuk membayar tempat letak kereta di rumah Khairul.Itu memang gila.Tapi kami buat tak faham sahaja.

Oh ya,terlupa.Semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah,kami ternampak satu kedai makanan cina.Di 'signboard' kedainya tertulis ayat ni...Restoran &^&%^&& Live Cook Frog.Tuhan.Aku hampir termuntah apabila melihat ramai orang cina memakan katak denagn muka yang sangat selamba.Pelik dan kotor.Tapi biarlah.Janji aku tak makan.Tamat untuk bahagian pertama.Nanti jika aku mempunyai masa,aku akan sambung menulis tentang pengalaman aku di Singapura.

Tuesday, June 2, 2009

Aku,Gitar Dan Juga Sponsor

Konon-konon Guitar Hero..Huhuhu