Monday, June 8, 2009

Singapura Part 2 (05 June 2009)

Ok.Ini adalah hari kedua aku di Singapura.Walaupun badan letih,aku tetap cuba untuk bangun awal sebab aku tak mahu membazirkan masa dengan tidur.Aku mahu berjalan-jalan di bandar Singapura.Lebih kurang jam 130 tengahari,kami berlima memulakan perjalanan ke bandar Singapura.

Destinasi pertama ialah rumah makcik Ilham.Tetapi makciknya tiada dirumah.Lalu kami meneruskan perjalanan ke bandar untuk makan tengahari.Kami memilih Arab Street tempat untk menjamu selera kami kerana tema untuk makan hari itu adalah makanan melayu.Lalu kami makan di kedai Hajah Maimunah Masakan Padang.Pehh,dengan nama tuhanku,inilah masakan padang yang paling sedap pernah aku rasa.Segalanya cukup.Kami mengambil asam pedas ikan pari,ayam bakar,sayur pucuk ubi,siput sedut masa lemak,daging black paper dan lain-lain.Sangat mengenyangkan dan memuaskan.

Selesai makan tengahari,kami pun bergegas ke bandar dimana di dalam kepala aku sedang aku fikirkan tentang kedai-kedai gitar disana.Bila tiba disana,aku merasa kagum kerana Singapura adalah negara yang bersih berbanding Malaysia.Bandarnya sangat bersih.Ia membuat aku selesa untuk berjalan-jalan.Lalu kami ke Peninsula untuk mengadap kedai-kedai gitar.Elok sahaja aku melepasi pintu utama di Peninsula aku jadi sangat happy.Aku rasa diantara kami berlima akulah yang paling happy,Huhu.Mana taknya bila aku tengok kedai gitar terlalu banyak disana.Aku jadi rambang mata.Gembira sangat.Aku rasa seperti mahu menjerit.Tapi aku malu.Hehe.Aku terlalu suka bila dapat melihat banyak kedai gitar yang hebat.

Selepas kami sudah puas pergi melayan semua karenah kedai-kedai tersebut,kami pun mula berjalan-jalan di pusat membeli-belah yang lain.Banyak sangat.Penat aku dibuatnya.Tapi aku gembira.Memang pergi ke sana untuk berjalan-jalan sampai puas.Setelah penat berjalan,kami pun singgah di Burger King untuk makan.Selesai makan,pada pukul 830 malam,kami ke Arab Street untuk memulakan sesi latihan muzik.Studionya agak bagus.Kemas dan bergaya.Haha.Kami berlatih selama 2 jam.

Setelah selesai semua sesi latihan,kami pun ke kedai makan lagi untuk makan.Kali ini memang aku tak tahu dimana Khairul membawa kami untuk makan.Yang aku ingat aku hanya makan chicken chop rice.Sedap juga.Ia memang hari yang memenatkan dan mengenyangkan.Haha.Apabila habis makan,boleh pula mereka mengajak untuk makan ais krim.Aku lanyak saja.Memang sangat mengenyangkan.Bila mata dan badan masing-masing sudah penat dan mengantuk,kami pun barulah teringat nak balik tidur.Itupun dalam pukul 3 pagi.Sangat puas.Maaf kerana tak ambil banyak gambar kerana kehabisan bateri.Tetapu pula banyak gambar di dalam kamera Ilham.Nanti aku ambil ya.Lihatlah gambar-gambar ini.Selesai untuk Part 2.



Aku,Khairul dan Saraidi rumah makcik Ilham
Mereka sedang membincangkan tentang sesuatu
Ilham dan Sarai selepas makan tengahari
Yasin dan Khairul selepas makan tengahari
Amacam kawan-kawan?
ESP area
Cacat tak kalau begini?
Fender And Gibson
Gitar selonggok kalau jatuh habis lemas

6 comments:

alan.swinger said...

hihishhh manehhh!

Aplikasi Masa said...

Memang sangat manehh bang oi!!!

MuhammadZaki9 said...

syok giler! ko dah pegi brasbasah complex?

Lovely Emy said...

muka cuk mcm perempuan..

Aplikasi Masa said...

zaki-Aku tak tau aku pergi ke tak sebab aku tak tgk
and aku tak tanya nama2 kompleks kt situ..

emy-Mane ade muke efy mcm pompuan..lain giler...

Rodlentuk said...

makkk aiii byknya guitar!! boleh juling mata dtg kedai mcm ni...hahahaha