Wednesday, August 26, 2009

Synthesizer Buruk Roland Jupiter 8


Suatu masa dahulu,kalau tidak silap pada bulam Februari tahun 2007 bertempat di Shah Alam,aku telah pergi ke sana untuk menyaksikan persembahan Akta Angkasa buat kali pertama dalam hidup aku.


Aku kagum melihat barang-barang yang mereka gunakan untuk membawa muzik mereka sendiri.Tetapi dalam banyak-banyak barang tu,aku amat tertarik dengan suatu alat muzik yang dipanggil synthesizer.Ianya model Roland Jupiter 8.Kenapa aku tertarik dengannya?


Ya,kerana bunyinya yang sangat analog dan suam-suam.Tetapi,yang menambahkan minat aku lagi pada Roland Jupiter 8 ini ialah kerana ia hanya mempunyai 2000 unit sahaja didalam dunia.Memang sukar untuk menjumpainya.Its super ultra rare!!!Pernah sekali harganya mencecah USD 9500 pada tahun 2006 atau 2007 dijual di Ebay.com kalau tidak silap.Aku pun berangan untuk memiliki sebuah Roland Jupiter 8.Tapi memang mustahil.Seperti mencari seekor semut di tanah yang lapang.


Cukuplah aku dah ada Vintage Yamaha CS-20M.Sekarang ini pun harganya sudah mencecah kira-kira RM 7000-8000.Padahal aku beli dengan harga yang amatlah murah sekali.


Tetapi adakah mustahil jika rezeki seseorang itu telah ditentukan oleh tuhan?Semestinya tidak.Tidak sama sekali.Kerana pada 19 Aug bertempat di Yamaha Kelana Jaya aku telah bertemu dengan seorang manusia yang ingin menjualkan sebuah synthesizer idaman model Roland Jupiter 8 dengan harga yang sangat-sangat murah sekali.Aku sangat bersyukur.Tapi aku masih tiada masa untuk berjumpa dengan dia memandangkan aku sibuk pada masa ini.Hari-hari dia menelefon aku menanyakan bila aku akan datang ke rumahnya untuk membeli synthesizer itu.Wow.Alhamdulillah.Aset aku makin bertambah.Doakan agar aku punya masa yang terluang untuk bertemu dengan si pembeli.Nanti bila aku dah membawa pulang synthesizer itu,akan ku perlihatkan pada kalian.


Selamat malam!!!

Monday, August 10, 2009

Keperluan


Aku memerlukan rig yang lebih hebat berbanding sekarang.Aku merasakan yang aku perlu mendapatkan sesuatu yang lebih high end untuk mencapai tahap kesedapan dan kelunakan bunyi.Kalau boleh aku nak semuanya yang mahal-mahal.Tapi aku tak mampu.Kecuali jika aku dapat rezeki terpijak sebanyak rm50000 dan sudah tentu aku akan membeli rack2 effect,2 amp dan satu board yang amat hebat supaya aku dapat mengalahkan David Gilmour.Haahaha.Layankan saja.Geramnya!!!!Tak tidur malam aku!!!