Friday, July 17, 2009

Thursday, July 16, 2009

Selamat Pagi

Kalau takut orang tahu tentangnya,tak perlulah hipokrit sangat ataupun cakap tersalah buat.Permainan ini nampak tidak berapa cantik jikalau begitu.Tentu!!!

Monday, July 13, 2009

Awesome Akta Angkasa!!!

Semalam aku telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan sendiri beberapa band tempatan dan 1 band dari Hong Kong membuat persembahan.Ketika aku sampai,Akta Angkasa sedang memasang barangannya.Lalu aku pun mengambil tempat untuk melihat aksi mereka.Kali ini mereka memainkan lagu baru.Siap dengan keyboard beb.Awesome lah.Tapi lagu baru mereka sekejap sahaja.Penonton pun kurang puas hati lalu meminta Akta Angkasa memainkan lagu mereka lagi.Apa lagi kalau bukan lagu trademark mereka?Biarkan lah...Haha.Memang aku terasa aura kedahsyatan lagu itu walaupun aku selalu dengar mereka memainkannya.Apabila lagu itu habis,semua penonton aku lihat seperti berasa puas.Mungkin itulah ubat untuk peminat Akta Angkasa.Go go Akta Angkasa!!!

Sunday, July 12, 2009

Perasan Terhadap Perasaan

Kepada yang memperasankan diri sendiri,silalah malu.Dan janganlah terasa secepat yang mungkin bahawa itu adalah untuk engkau.Hahaha..Senyum dan lari laju-laju!!!

Pelepasan


Pelepasan??Departure??Satu jari tunjuk ke langit,hati memandang ke arah cahaya,tapi ianya ciptaan manusia.Makin hancur dan akhirnya karam.Tolong!!!Ianya dah karam!!!Tapi sedang ia karam itu,masih lagi nama itu berada di dinding besi itu.Biarkan sahaja ia karam.Ia adalah permintaan manusia.Game over

Rakaman

Alihan Darjat 225 Darjah

Huhh...Dah lama aku menunggu bilakah nak tiba masa untuk aku rekod.Akhirnya hajat aku kesampaian apabila studio kawan aku sendiri telah siap.Oh ya,ini untuk band aku ya,Susor Masa.Lagu yang pertama yang aku akan rekod,bertajuk "Alihan Darjat".Itu pun tak tahu berapa jam aku boleh siapkan.Semua itu wang..Haha..Kawan-kawan,adakah kamu semua bersedia untuk malam ini??Kita jumpa di kota Kuala Lumpur dan bergelak ketawa sama-sama..Bye!!!

Friday, July 10, 2009

Happy 7 Years And 3 Months Annivesary My Emy


Hari ini aku menyambut 7 tahun 3 bulan ulangtahun aku dan Emy bersama.Hehe.Lamanya kita bersama kan Emy.Harapan aku semoga hubungan ini berpanjangan.Amin.

Saturday, July 4, 2009

Nasihat Anda Amat Dihargai

Patutkah aku menjual 13" Macbook 2.4ghz aluminium aku untuk mendapatkan 13" Macbook Pro 2.53ghz aluminium?Aku agak sayang pada Macbook aku sekarang ini.Tetapi untuk mendapatkan Macbook Pro yang baru setelah menjual Macbook ini,aku hanya perlu menambah rm600 sahaja.Macbook Pro dengan 2.53ghz,memori sehingga 8gig dan beberapa tambahan lain padanya.Apakah pendapat kamu semua?Aku memerlukan nasihat daripada anda.Tolong ya..Semoga sejahtera...

Friday, July 3, 2009

Dilema

Apa yang harus aku buat?Aku didalam dilema.Tak tahu mana satu yang harus aku pilih.Bukan tak boleh pilih.Cuma mungkin aku takut akan risikonya.Tapu bila difikirkan balik,buat apa aku nak aku nak takut.Hati aku suruh pedulikan sahaja.Tapi disebalik hati aku ni,aku masih ada rasa takut.Lepas atau pegang?Aku memang tengah pening dengan situasi ini.Memang aku tak suka bila rasa benda-benda mcm ni.Adus...