Tuesday, April 20, 2010

Hari ini

Satu malam yang tidak sia-sia =)

Sunday, April 18, 2010

A G A

Penat satu hari berjalan sambil bergembira dan terkena hingga tidur jam 5. =)

Saturday, March 20, 2010

All We Ever Do Is Say Goodbye

Just when I had you off my head
Your voice comes thrashing wildly through my quiet bed
You say you wanna try again
But I've tried everything but giving in

Why you wanna break my heart again
Why am I gonna let you try

When all we ever do is say goodbye
All we ever do is say goodbye

I bought a ticket on a plane
And by the time it landed, you were gone again
I love you more than songs can say
But I can't keep running after yesterday

So why you wanna break my heart again
Why am I gonna let you try

When all we ever do is say goodbye
All we ever do is say goodbye

We say goodbye


Friday, March 19, 2010

Lihat dan Sesal

Roh ini yang mencarinya
Jasad ini yang memandangnya
Mata tak berkelip
Hidung tak bernafas
Mulut berhenti berkata-kata
Jantung berhenti bekerja
Darah berhenti mengalir
Tetapi hati meminta
Kerana 'rakyat' mahukannya
Lihat.....

Jiwa ini yang menjaganya
Tangan ini yang menyuapnya
Dengan penuh kerelaan
Rela yang harus dilakukan
Ramadhan itu
Kaki ini yang bergerak kearahnya
Tidak berhenti dan tidak kenal lelah
Tangan ini juga yang menyelamatkannya
Dari kelaparan dan kesedihan lembut hati
Kaki ini yang membantunya
Agar berjaya.Lelah.
Sesal.....

Thursday, February 25, 2010

Masa Untuk Main Futsal

Huh..Nampaknya aku perlu bersukan atas sebab-sebab yang tertentu.Jadi aku memilih sukan futsal kerana ia mudah dan amat memenatkan.Dulu memang aku memiliki sepasang kasut futsal.Aku meminjamkannya pada Ilham.Tapi akhirnya ia tewas pada kaki Ilham.Haha.Jadi,aku telah membeli sepasang kasut yang baru.Agak jambulah warnanya.






Ya.Aku tahu ia memang bukan warna kesukaanku.Tapi aku cuma mahukan kelainan dari yang lain.Hehe.Siap ada nama aku lagi sebab kasut ini aku telah menempahnya sehari sebelum aku membayarnya.Nampaknya aku tidak sabar untuk bermain futsal setelah lebih kurang 3 tahun aku meninggalkan sukan ini.Dan aku tahu aku akan ditimpa sakit untuk beberapa hari selepas bermain.Biasalah,otot-otot perlu dilatih semula untuk bersukan.Selamat bersukan!

Monday, February 15, 2010

Selamat Ulangtahun



Selamat ulangtahun yang pertama buat penemanku.

Monday, February 8, 2010

Jauh

Nampaknya,hari Khamis akan ku berangkat jua ke Kota Singa.Atas urusan masa hadapan.Rasa seperti tidak mahu memandu kereta ke sana.Tetapi,aku perlu juga menaiki kereta.Hehe.Semoga berjaya Afifi.

Friday, February 5, 2010

Satu Kejutan Untuk Diri Aku

Ya.Sememangnya aku sendiri telah membuat satu kejutan untuk diri aku dan mungkin untuk orang lain.Aku telah memikirkannya.Dan aku telah melakukannya.Alhamdulillah.

Wednesday, February 3, 2010

Puisi Untuk Teman

Kau cuba

Kau sering mencuba

Tapi untuk apa?

Kebaikan dunia?

Mana?

Adakah sehaluan dgn dirimu?

Dianggap diri sebagai kepuasan?


Oh tidak wahai kasih

Teman pujangga dianggap seri

Sedangkan diri itu sendiri sedang mati

Andai menerima penghinaan dari manusia hina

Langsung kepda manusia hina

Tidak harus terjadi


Kau masih mencuba

Berselindung pula dalam helahmu

Sedangkan aku sudah tahu

Dimana cahaya pujaan itu

Bukan untuk dihina

Atau bukan menerima penghinaan

Tapi untuk diriku

Ia untuk diriku

Tuesday, January 26, 2010

Daulat Tuanku

Okay.Aku rasa marah bila ada sesetengah pihak menghina sultan.Ya,kita perlu tahu dan perlu ada sikap hormat terhadap sultan.Kalau tak ada sultan masa dulu,apa yang akan terjadi pada masa sekarang ini?Fikirkan..Yang mengutuk sultan itu adalah bangsa aku sendiri,iaitu melayu.'Bullshit' melayu yang berperangai seperti itu.Memalukan bangsa dan agama.

Tidak kiralah kau tu apa-apa pangkat pun,sultan tetap sultan.Ya,dan memang kita boleh melihat kesalahan yang dilakukan oleh semua orang yang kita lihat.Tetapi,kita tidak boleh menghakimi orang itu.Kerana kita bukannya Allah.Hanya Allah sahaja yang boleh,mampu dan layak sekali untuk menghakimi makhlul-makhluknya.Contoh yang agak memeningkan apabila kita melihat dua ekor burung saling berbunuhan.Adakah kita tahu mengapa mereka berbunuhan?Dan apabila kita melihat salah seekor mati,tentu kita akan mengatakan yang hidup itu jahat dan yang mati itu baik..Ini adalah benda yang biasa.Sebenarnya kita tak tahu pun mengapa burung yang hidup tadi membunuh hingga mati.Adakah mungkin yang dibunuh tadi telah membunuh anak burung yang hidup itu?Kita pun tak tahu.Semua benda yang berlaku didalam dunia ini bersebab.Tidak kira baik atau jahat.Bersebab!!!

Jadi janganlah menghakimi orang lain.Kita bukan tuhan.Kita bukan Allah.Kalau rasa nak bercakap tentangnya juga,biarlah ia hanya didalam kepala sendiri.Mudah bukan?

Mudah-mudahan Almarhum Sultan Johor dilimpahi dan dicucuri rahmat olehnya.Al-Fatihah..

Monday, January 11, 2010

Runsing


Ya,kebiasaannya aku tahu apa yang perlu aku lakukan ketika cuti.Tetapi hari ini aku runsing tak tahu hendak kemana.Bangun seawal jam 11 pagi yang pada hakikatnya ingin bangun pada pukul 3 petang.Kemudian melayari internet sehingga jam 1215 tengahari.Pada awal rancangannya,aku ingin ke Sunway Pyramid atau Times Square.Tetapi memandangkan tengahari tadi panas terik,langsung aku membatalkan niat untuk kesana.Oh ya,aku merancang untuk keluar bersendirian kerana cik Aimi Liyana tiada di sini.Langsung tiba-tiba terlintas di kepalaku tentang wayang.Apa lagi.Terus membuka laman web Golden Screen Cinemas untuk melihat cerita-cerita yang ditayangkan pada hari ini.

Aku memilih Alamanda sebagai lokasi aku.Atas faktor dekat dan tak perlu melayan kepanasan lama sangat.Aku melayan cerita Avatar.Lama juga ceritanya.Kalau tak silap lebih kurang 2 jam 30 minit tayangannya.Sendirian je layan.Bila selesai cerita tu,elok punya hujan lebat sampai buat aku sejuk.Hehe.Langsung aku bergegas ke seksyen 7 Bangi untuk ke salun rambut.Mahu cuci rambutlah katakan.Hehe.Bila semua dah selesai,kawan aku,Nan pula menghantar mesej pesanan ringkas mengajak aku ke warta Bangi.Tujuannya untuk membeli sabun.Hahaha.Lawak-lawak.Aku pun ke sana macam orang yang konon-kononya ada mood untuk menikmati malam yang menarik kerana didalam fikiranku hanyalah gitar-gitar dirumah yang masih belum sempat dibaiki yang harus diperbaiki membuat aku hilang konsentrasi untuk melayani malam di warta.Adus.Sadis dan potong.Sebenarnya aku tak puas pada apa yang telah aku lakukan hari ini.Aku sepatutnya mebuat lebih banyak aktiviti.Tapi aku tidak tahu dimana silapnya.

Dan sekarang pula aku merasakan mataku sudah penat untuk melihat cahaya-cahaya.Itu bermaksud aku sudah mengantuk.Selamat tinggal sang malam......

Saturday, January 9, 2010

Selamat Jalan


Kepada Aimi Liyana bt Abd Razak,selamat jalan dan selamat bekerja di Kota Singa.Semoga perjalanan pergi balik kamu selamat.Semoga pekerjaan anda untuk membeli hadiah hari lahir untuk saya selamat.Dan semoga saya selalu di hati kamu.Amin

Friday, January 8, 2010

Bukankah Kau Sedar?

Seangkatan...
Bahu memikul segunung harapan,
Sambil diiringi melodi-melodi jiwa,
Bukankah kau sedar?

Dengan angkuhnya berkata,
Ya,aku mampu dan bukan salahku,
Kau cuba...
Dan masih takut akan bayangmu sendiri,
Bukankah kau sedar?

Tidak sama sekali,
Selagi rohani terbang bersama pelangi ,
Di alam mimpi...
7 warna sakti katamu,
Sampai bila...?
Saat ini...?
Hari ini...?
Esok...?
Lusa...?
Bukankah kau sedar?

Jangan ketawa,
Ya,ia benar...
Arus jiwa membawa ilahi,
Penuh dengan warna warni,
Ya,kini aku sedar....

Thursday, January 7, 2010

Makin Hari Makin Meningkat

Semakin jarum saat tidak berhenti.selagi itu masa bergerak membuatkan macam-macam perkara berlaku kepada kita atau kepada orang lain.Dan yang pastinya,tidak ada sesiapa yang dapat dan mampu memberhentikan masa.Percayalah!Tiada sesiapa pun.

Aku menulis tentang ini adalah kerana 10 Januari ini adalah ulangtahun kelahiran aku yang ke 25 tahun.Semakin tua aku.Hehe.Harap-harap tahun ini memberikan aku perubahan dan tuah.Insyaallah...