Tuesday, January 26, 2010

Daulat Tuanku

Okay.Aku rasa marah bila ada sesetengah pihak menghina sultan.Ya,kita perlu tahu dan perlu ada sikap hormat terhadap sultan.Kalau tak ada sultan masa dulu,apa yang akan terjadi pada masa sekarang ini?Fikirkan..Yang mengutuk sultan itu adalah bangsa aku sendiri,iaitu melayu.'Bullshit' melayu yang berperangai seperti itu.Memalukan bangsa dan agama.

Tidak kiralah kau tu apa-apa pangkat pun,sultan tetap sultan.Ya,dan memang kita boleh melihat kesalahan yang dilakukan oleh semua orang yang kita lihat.Tetapi,kita tidak boleh menghakimi orang itu.Kerana kita bukannya Allah.Hanya Allah sahaja yang boleh,mampu dan layak sekali untuk menghakimi makhlul-makhluknya.Contoh yang agak memeningkan apabila kita melihat dua ekor burung saling berbunuhan.Adakah kita tahu mengapa mereka berbunuhan?Dan apabila kita melihat salah seekor mati,tentu kita akan mengatakan yang hidup itu jahat dan yang mati itu baik..Ini adalah benda yang biasa.Sebenarnya kita tak tahu pun mengapa burung yang hidup tadi membunuh hingga mati.Adakah mungkin yang dibunuh tadi telah membunuh anak burung yang hidup itu?Kita pun tak tahu.Semua benda yang berlaku didalam dunia ini bersebab.Tidak kira baik atau jahat.Bersebab!!!

Jadi janganlah menghakimi orang lain.Kita bukan tuhan.Kita bukan Allah.Kalau rasa nak bercakap tentangnya juga,biarlah ia hanya didalam kepala sendiri.Mudah bukan?

Mudah-mudahan Almarhum Sultan Johor dilimpahi dan dicucuri rahmat olehnya.Al-Fatihah..

No comments: