Monday, January 11, 2010

Runsing


Ya,kebiasaannya aku tahu apa yang perlu aku lakukan ketika cuti.Tetapi hari ini aku runsing tak tahu hendak kemana.Bangun seawal jam 11 pagi yang pada hakikatnya ingin bangun pada pukul 3 petang.Kemudian melayari internet sehingga jam 1215 tengahari.Pada awal rancangannya,aku ingin ke Sunway Pyramid atau Times Square.Tetapi memandangkan tengahari tadi panas terik,langsung aku membatalkan niat untuk kesana.Oh ya,aku merancang untuk keluar bersendirian kerana cik Aimi Liyana tiada di sini.Langsung tiba-tiba terlintas di kepalaku tentang wayang.Apa lagi.Terus membuka laman web Golden Screen Cinemas untuk melihat cerita-cerita yang ditayangkan pada hari ini.

Aku memilih Alamanda sebagai lokasi aku.Atas faktor dekat dan tak perlu melayan kepanasan lama sangat.Aku melayan cerita Avatar.Lama juga ceritanya.Kalau tak silap lebih kurang 2 jam 30 minit tayangannya.Sendirian je layan.Bila selesai cerita tu,elok punya hujan lebat sampai buat aku sejuk.Hehe.Langsung aku bergegas ke seksyen 7 Bangi untuk ke salun rambut.Mahu cuci rambutlah katakan.Hehe.Bila semua dah selesai,kawan aku,Nan pula menghantar mesej pesanan ringkas mengajak aku ke warta Bangi.Tujuannya untuk membeli sabun.Hahaha.Lawak-lawak.Aku pun ke sana macam orang yang konon-kononya ada mood untuk menikmati malam yang menarik kerana didalam fikiranku hanyalah gitar-gitar dirumah yang masih belum sempat dibaiki yang harus diperbaiki membuat aku hilang konsentrasi untuk melayani malam di warta.Adus.Sadis dan potong.Sebenarnya aku tak puas pada apa yang telah aku lakukan hari ini.Aku sepatutnya mebuat lebih banyak aktiviti.Tapi aku tidak tahu dimana silapnya.

Dan sekarang pula aku merasakan mataku sudah penat untuk melihat cahaya-cahaya.Itu bermaksud aku sudah mengantuk.Selamat tinggal sang malam......

No comments: