Monday, June 15, 2009

Gig Di Johor Bahru 07 Jun 2009


Inilah flyers untuk gig di Johor Bahru minggu lepas.Semuanya berjalan dengan lancar.Cuma amp yang aku pakai kurang memuaskan hingga membuat bunyi gitar aku seperti nyamuk.Amp gitar yang menggunakan khidmat transistor telah panas selama 4 jam.Sudah tentu bunyinya amat memualkan.Aku tak kisah pun.Biarlah.Yang sudah tu sudahlah.Kami naik di atas pentas dalam pukul 530 petang.Soundman yang agak pemalas kerana aku tidak mendengar bunyi gitar aku di monitor yang berada di depan aku sendiri.Berulang kali aku memberitahu soundman itu yang aku tidak dengar bunyi gitar aku sendiri.Tetapi dia buat tak tahu saja.Pemalas punya soundman.Geram aku.

Ramai juga yang hadir pada hari itu sebab ada Bunkface lah katakan.Huhu.Gig berakhir pada pukul 11 malam.Dan kami pulang ke Singapura untuk menghantar Khairul pulang.Kami bertolah dari Singapura setelah mengambil barang dan menghantar Khairul dalam pukul 2 pagi.Masa tu aku memang penat.Apa yang aku fikirkan ialah aku mahu sampai rumah secept mungkin.Lalu aku mendapat kepercayaan kawan-kawan aku untuk memandu pulang.Apa lagi,dari Johor Bahru sampai Putrajaya aku buat hanya 3 jam.Jangan ditanya berapa laju aku pandu.Aku memandu didalam keadaan penat dan mengantuk tetapi penuh keyakinan.Huhu.

Gig kali ini aku kurang berpuas hati padsa sistem bunyinya.Tak apa.Boleh cuba di lain masa.Gambar nanti aku upload ya.Ianya ada pada Ilham.Belum siap lagi.Tunggu ya kawan-kawan...

2 comments:

alan.swinger said...

wah pita hati

heh

efy oi

susor masa bila main? :D

Aimi Liyana said...

eleh, kalo emy bawak lg laju, nti kaki efi buat gaya mcm nak tekan break :p