Monday, June 8, 2009

Singapura Part 3 (06 June 2009)

Tanggal 06 June,aku masih lagi berada di Singapura.Rancangan telah diatur.Biasalah,apa lagi kalau bukan jalan-jalan.Semestinya hari itu hari Sabtu.Sudah tentu ramai orang melangsungkan perkahwinan.Kenapa aku bercerita tentang perkahwinan?Sebabnya pada hari tersebut,ibu Khairul meminta kami menghantarnya ke rumah orang kahwin atas jemputan.Jadi kami terpaksa duduk berhimpit didalam kereta selama 30-40 min.Bayangkan betapa seksanya kami(aku,Acin,Khairul dan Sarai pada waktu itu.Boleh dapat lelah.Huhu.Tapi aku tidak kisah pun sebenarmya.Apa salahnya menumpangkan ibu Khairul kan?Selepas menghantar ibi Khairul,kami pun memulakan perjalanan untuk melaksanakan rancangan pertama iaitu makan tengahari.

Pada asalnya,kami setuju mahu makan tengahari di McDonalds.Tetapi aku rasa agak kurang memuaskan kerana McDonalds terdapt dimana-mana.Apa yang perku dihairankan.Lalu kami pun bercadang untuk makan makanan laut masakan cina melayu.Makan lagi di bandar.Kos 5 orang makan tengahari itu ialah $75.Gila mahal.Tapi apa yang perlu dipedulikan.Benda semua dah masuk perut.Huhu.Kami pun bayar sajalah.

Selesai makan tengahari,kami ke kedai menjual alatan muzik.Memang ini saat-saat yang aku tunggu.Tetapi malangnya apabila bateri telefon aku habis.Langsung aku tidak boleh mengambil gambar pada hari itu.Tambahan pula charger pun rosak juga.Aku berasa sangat puas.Dan selepas meninggalkan kedai-kedai muzik tersebut,kami memulakan langkah untuk membuat peninjauan di kompleks membeli-belah pula.Aku tak ingat kompleks apa yang aku pergi.Tapi kompleksnya besar,cantik dan menarik.Kami jalan-jalan sambil melihat barang-barang untuk dibeli.Kiranya ini adalah waktu ber'shopping'lah.Aku agak pening memikirkan apa yang harus aku beli.Tiba-tiba aku ternampak sebuah butik terkenal.Oh ya,aku perlu menghadiahkan emy sesuatu dari Singapura.Dengan lantasnya aku terus masuk ke butik itu.Setelah membuat pilihan dan meminta pendapat dari kawan-kawanku,aku pun membeli sesuatu untuknya.Jeng jeng jeng....Huhu..Apakah benda itu?Biarlah rahsia.Huhu.

Selesai sudah projek 'shopping',kami pun bergegas ke studio latihan muzik.Kali ini ianya tidak sama dengan studio latihan semalam.Kami berlatih selama 3 jam.Bermula dari pukul 8 malam hingglah ke 11 malam.Selepas itu,perut masing-masing sudah lapar.Apa lagi,jom ke kedai makan.Kali ini,kami hanya ke kedai mamak sahaja.Kerana masing sudah tidak ada tenaga untuk berjalan jauh-jauh lagi.Satu hari suntuk berjalan sudah tentulah aku inginkan rehat yang cukup kerana pada keesokan harinya kami ada gig di Johor Bahru.Jadi,selepas makan kami pun pulang ke rumah untuk berehat.Dibawah ini adalah gambar hadiah yang aku belikan untuk emy.Hadiahnya tak perlulah ditunjukkan ya?Huhu.Ok.Get ready for tomorrow baby!!!!Go to sleep!!!


1 comment:

Aimi Liyana said...

banyak nak komen ni :

1) nasib baik cuk dgn barai kurus cengkeding mcm babun, kalo x mesti cuk pengsan, hahahahaha~!!

2) oii, mana ada masakan cina melayu la, cina muslim la oii..

3) yea yeay, dpt handbeg guess.. :) muahhh..

4) cuk, cpt la update part 3, cepat la, cepat laaaaaaaaaaa.