Monday, May 11, 2009

High End

Ada sebab aku bercakap tentang high end.Seperti hari sabtu tempoh hari.Aku berjumpa dengan kawanku punya kawan.Dia bertanya padaku.."Kenapa kau beli effect mahal-mahal?Sampai patch cable pun yang tak sampai 1 kaki pun dah Rm25.Ada banyak pulak tu.Baik pakai multi effect je"..Ok.Disini aku akan terangkan sebab-sebabnya mengapa aku pakai barang-barang tersebut..

1-Tidak mudah rosak

2-Sangat berkualiti

3-Untuk mendapatkan sound sendiri dan yang sedap

4-Untuk mengurangkan noise

5-Untuk menjadikan tone itu keluar

6-Mudah untuk digodek-godek

7-Mudah dipakai

8-Sound lebih 'REAL'


Ok.itu sahaja jawapannya.Bukan aku tak mahu pakai yang murah sikit.Tapi bagi aku sound adalah yang terpenting.Aku amat menitikberatkan tone dan sound.Sebab tu aku sanggup mnegeluarkan $$$ lebih sedikit.Itupun untuk mencapai kepuasan.Kenapa tidak Multi Effect???Sebabnya..

1-Sound yang amat digital.Aku tidak minat sound digital

2-Sound tak sedap

3-Tone dan sound tak berapa keluar

4-Ketika mahu switch pedal,refleknya agak lambat sedikit

5-Tidak boleh dieksperimentasikan

6-Sebab majoriti artis-artis luar negara tidak memilih untuk memakai multi effect


Jadi,aku tetap memilih 'stomp boxes' kerana ia adalah yg terbaik..Dan dapatkan yang terbaik.Kalo aku banyak duit,Aku hanya mahu memakai Rack Effect Unit sahaja.Lagi puas...huhuhuhu...Sebenarnya ia terpulang pada diri atau individu itu sendiri.Bergantung pada bajet.Itulah jawapan untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan peralatan musik yang aku pakai.Aku harap tak ada lagi kawan aku punya kawan akan bertanya lagi soalan seperti ini kepadaku.Sekian...


1 comment:

Lovely Emy said...

patut pun efi kata xbest, hee.